PELUANG WAQAF PERIGI KEMBOJA TAHUN 2020
???? Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
(Surah Ali-Imran: 92)
#Wakaf juga dapat menunaikan impiannya untuk melihat kebajikan dan pahalanya sentiasa berterusan, sekalipun selepas kematiannya dan ganjaran pahala sentiasa diperolehinya ketika di dalam kubur, sekalipun telah terputus amalannya di dunia. Dan tiada yang tinggal melainkan apa yang telah diperuntukkan dan diwakafkannya pada jalan Allah semasa hidupnya, anak yang soleh yang mendoakannya atau ilmu yang boleh dimanfaatkan.
???? Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:
✅ Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
✅ Anak soleh yang dia tinggalkan.
✅ Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
✅ Masjid yang dibina.
✅ Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
✅ Sungai yang dia alirkan.
✅ Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.
✅ Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”
???? Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.
???????????????? Atas Dasar Tanggungjawab Sosial Bersama Dalam Membantu Ummat Yang Memerlukan, Kami Menjalankan PROJEK WAQAF PERIGI Untuk Keperluan Mereka Yang #Memerlukan Sumber #Air #Bersih.
????♂ Kepada sesiapa yang ingin berwakaf, amat dialu-alukan. Semoga dengan berwakaf perigi ini, ianya menjadi pahala berterusan kita di #Akhirat selagi mana ramai yang menggunakan perigi tersebut, In shaa Allah, Ameen.
Projek waqaf ini adalah usahasama dari beberapa syarikat yang bergabung untuk merealisasikan impian waqaf dan amal jariah di seluruh Dunia. Pengurusan waqaf ini di Terajui oleh Syarikat Fitrah Ummah yang telah berpengalaman sejak 9 tahun yang lalu untuk melaksanakan ibadah akikah,qurban dan waqaf di Ibadah Akikah Korban di luar negara seperti di Kemboja, Vietnam, Filipina, Thailand, Indonesia, Laos & Bangladesh. Ibadah Akikah Korban juga termasuk dalam perkhidmatan yang kami sediakan ,dapat membantu umat Islam minoriti di negara tersebut untuk mendapatkan bantuan makanan.
Pengurus bersama untuk program ini adalah Shahmie Vacation Sdn Bhd dan juga Shahmie Travel & Tours ,yang bertindak sebagai agensi pemasaran dan jualan serta membantu pengurusan logistik dan operasi program waqaf di atas.
Setiap peserta akan di berikan bukti bergambar bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan pada masa yang sama, akan menambahkan lagi keyakinan peserta program terhadap urusan yang di jalankan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan seperti di bawah :
1) Lawatan kebajikan berkumpulan ke Kemboja dan destinasi lain
2) Pengurusan Ibadah Korban dan Aqiqah di luar negara
3) Upah Haji ( Sekiranya masih ada kekosongan slot)
Sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, Boleh di ajukan terus ke wakil kami , Ustaz Hafiz ( 0108008303)
whatsapp link:
???? www.wasap.my/60108008303/Waqaf-Perigi
???? www.wasap.my/60106000300/Waqaf-Perigi
Kami menyediakan 2 jenis waqaf perigi di Kemboja, untuk satu Unit Perigi bernilai RM 1,200 sahaja (boleh di letakkan untuk 1 nama)
Atau
Pilihan unit-unit kecil sebanyak 12 unit (1 Perigi) berharga RM 100 untuk satu unit waqaf ..
Setiap nama penyumbang waqaf akan di letakkan di perigi yang akan di bina kelak.
???? Satu Lot Waqaf Perigi RM100
???? Sebuah Perigi Waqaf RM1200